PAS: AES guna kenderaan berlogo JPJ pasang kamera

PAS membuat laporan polis terhadap kontraktor AES kerana didakwa menggunakan kenderaan dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang kamera di pelbagai lokasi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

NONEMereka masing-masing membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya yang mengguna warna dan logo JPJ.

Laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamari penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu.

"Kami merasakan ini satu pelanggaran kerana bagaimana boleh penguatkuasaan undang-undang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta?" Kata Mahfuz.

"Adakah ini bermakna selepas ini jika kita mahu menguatkuasakan undang-undang mengenai (contohnya) rompakan, kita boleh swastakan kepada mana-mana pihak?

"Ini menunjukkan pengendalian AES adalah sangat mencurigakan," katanya sambil menambah ia mewujudkan syak wasangka tentang apa yang dinyatakan dalam kontrak antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang terlibat.

NONEMahfuz dan Firdaus juga menunjukkan gambar kenderaan, yang
didakwa dirakam di Gombak (atas) dan Teluk Intan (bawah) pada tarikh yang tidak diketahui bulan ini.

Dalam gambar atas, pekerja dilihat memasang kamera dan memunggah peralatan dari kenderaan merah oren. Para pekerja memakai jaket trafik dengan perkataan 'BTSB' dicetak di belakang.

Dalam gambar bawah, kenderaan merah oren dengan jalur biru dan kuning, diletakkan di tepi jalan di sebalik tanda had kelajuan 60kph.

Kedua-dua kenderaan dirakam dari arah belakang, sekaligus mendedahkan nombor platnya.

Malaysiakini
juga menemui satu lagi gambar yang beredar di Internet yang menggambarkan kenderaan yang didakwa dimiliki kontraktor AES dengan logo JPJ di sebelahnya. Logo itu disertai teks 'Automated Enforcement System Mobile Unit'.

Mahfuz yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berkata, mereka telah memeriksa nombor berdaftar kenderaan tersebut di laman web JPJ, yang mendedahkan ia milik syarikat-syarikat tersebut.

Menjawab soalah wartawan, Mahfuz mengesahkan bahawa mereka akan membangkitkan perkara itu di Parlimen dan menambah PAS akan menubuhkan sebuah kaunter di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut esok untuk membantu mereka yang mendapat saman AES.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.