Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dendam mungkin punca pergaduhan dua kumpulan

Polis tidak menolak dendam merupakan punca pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah padang bola di Kampung Ampang Campuran, Ampang semalam yang mengakibatkan dua maut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis masih menyiasat secara menyeluruh kes yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu termasuk mengenal pasti jumlah sebenar mereka yang terlibat.

    

"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sedang mengenal pasti kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan itu," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

    

Dalam kejadian itu, dua lelaki maut akibat kecederaan parah di mana seorang  daripadanya yang berumur 25 tahun mati ditempat kejadian manakala seorang lagi berumur 21 tahun disahkan mati sejurus tiba di Hospital Ampang.

    

Kejadian dilaporkan bermula apabila sekumpulan 10 lelaki yang bersenjatakan parang secara tiba-tiba datang dan menyerang kumpulan lelaki yang sedang melepak selepas bermain bola sepak di padang berkenaan.

    

Sementara itu, dalam kes berasingan Mohd Adnan berkata polis percaya mayat seorang wanita yang ditemui di sebuah tong sampah di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh tengah hari semalam dipercayai dibunuh.

    

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa berumur awal 30-an itu dipercayai warganegara asing kerana tidak mempunyai kesan suntikan BCG.

    

Mangsa dipercayai dibunuh di kawasan lain sebelum dicampak ke dalam tong sampah berkenaan.

    

"Kita percaya mangsa telah mati dalam tempoh antara 24 dan 48 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

    

- Bernama

ADS