K'jaan nafi penguatkuasa jual semua rampasan mercun

Menteri Dalam Negeri menafikan dakwaan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undangnya membuat duit cara mudah dengan menjual semula mercun dan bunga api dari tempat penyimpanan bukti yang dirampas daripada penyeludup kepada orang ramai.

"Tuduhan bahawa bunga api haram ini diperolehi daripada jabatan (pegawai) adalah tidak benar," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop menjawab soalan Ab Aziz Ab Kadir (PAS-Ketereh) di Dewan Rakyat hari ini.

Ab Aziz meminta Abu Seman menjelaskan bagaimana bunga api yang disita semasa operasi anti-penyeludupan disimpan, tempoh masa bunga api berada dalam penyimpanan dan sama ada bunga api tersebut akan dimusnahkan.

Ab Aziz berkata, beliau bertanyakan soalan itu kerana timbul dakwaan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang menjual semula bunga api yang disita kepada orang ramai.

"Apabila ditanya di mana mereka mendapat bunga api, ada yang mengatakan dari Kastam dan UPP.

"Ini seharusnya tidak berlaku kerana ia mencalitkan nama baik anggota beruniform," kata Ab Aziz.

Mengulas perkara itu, Abu Seman berkata, bunga api yang disita dikawal oleh peraturan-peraturan yang mesti diikuti dan disimpan sebagai bahan bukti sehingga proses perbicaraan selesai.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.