'BN rebut tanah bernilai RM20 juta di Selangor'

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini menuduh Barisan Nasional merebut tanah di Selangor, sambil mendedahkan bahawa ia telah memperolehi sejumlah 24 tanah negeri pada harga RM1 sekaki persegi, sedang jumlah nilai pasaran dianggarkan sekurang-kurangnya RM20 juta.

NONENg mendakwa, jumlah saiz tanah tersebut yang merangkumi tujuh
daripada sembilan daerah di Selangor, dianggarkan kira-kira 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi.

Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor petang ini, beliau mendakwa, kesemuanya adalah tanah bernilai tinggi dan merupakan tanah komersial.

Selepas Umno, MCA, MIC dan Gerakan mendapat tanah itu, dakwa Ng lagi, mereka segera mengadakan usahasama (untuk membangun tanah tersebut) atau menjualnya untuk puluhan ribu atau berjuta-juta keuntungan.

Ng mengejek kepelbagaian parti politik yang terlibat, dengan gelaran "sapu Tanah 1Malaysia", merujuk kepada kempen 1Malaysia kerajaan persekutuan.

Daripada 24 tanah itu, dakwanya, Umno mendapat kongsi terbanyak - 15 bahagian, manakala MCA, MIC dan Gerakan masing-masing memperolehi lima, tiga dan satu bahagian pada harga yang rendah.

"Ini yang berdaftar di bawah nama parti, bilangan yang didaftarkan di bawah nama individu, kita tidak tahu," kata Ng.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.