22 kes mahkamah NCR S'wak dibicara Januari 2013

Dua puluh dua kes tanah hak adat pribumi (NCR) melibatkan pemilik tanah pribumi yang terjejas oleh cadangan pembinaan 12 projek empangan hidroelektrik di Sarawak ditetapkan untuk perbicaraan di mahkamah pada Januari tahun depan, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar semalam.
    
NONEBeliau menolak usul yang dibentangkan oleh Wong Ho Leng (kanan) (DAP-Bukit Assek) bahawa kerajaan negeri perlu membatalkan cadangan pembinaan 12 projek itu kerana akan membawa kesan serupa, termasuk kemusnahan kekal pada ekosistem dan tanah
pertanian penduduk pribumi, sistem kebudayaan, sejarah dan pengetahuan setempat, seperti dalam kes penempatan semula secara paksaan penduduk pribumi bagi empangan Bakun.
    
"Usul Yang Berhormat tidak ada perintah tetap," katanya di persidangan DUN di sini hari ini, dan menambah bayaran pampasan dikeluarkan kepada pemilik tanah yang terjejas berikutan pengambilalihan tanah bagi empangan Bakun.
    
Wong mendakwa tiada rundingan dibuat dengan penduduk pribumi yang terjejas berhubung cadangan untuk membina empangan sedia ada dan 12 empangan yang dicadangkan itu dan proses pengambilalihan tanah, penempatan semula serta perpindahan bagi pembinaan empangan itu tidak telus dan menjejaskan kesejahteraan rakyat.
    
sarawak corridor of renewable energy score project 110208 data mapBeliau berkata kerajaan seharusnya turut mewujudkan proses pembayaran pampasan bagi komuniti yang terjejas oleh pembinaan empangan Bakun di Sungai Asap dan di hulu Balui untuk menangani semua isu tertangguh, termasuk pampasan
yang tidak adil, penggantian tanah pertanian yang hilang, punca pendapatan dan urusan kebajikan.

Katanya Sarawak sudahpun mempunyai bekalan tenaga yang berlebihan dari Bakun dan tiada sebarang keperluan untuk membina lebih banyak empangan bagi Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dan industri aluminium, yang menyebabkan pencemaran dan membahayakan kesihatan sehingga menjejaskan alam sekitar.
    
Beliau berkata daripada membina empangan bersaiz mega, kerajaan seharusnya membangunkan tenaga alternatif boleh diperbaharui, sebagai contoh empangan mikro-hidro, solar, janaan angin dan bahan bio-buangan.
    
NONEMohd Asfia (kanan) turut menolak usul oleh Ting Tze Fui (DAP-Meradong) agar kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menolak penyumberan luar operasinya kepada dua pemegang konsesi swasta memandangkan penguatkuasaan lalulintas adalah urusan persekutuan.
    
Beliau mendakwa fasa pertama pelaksanaan AES di Semenanjung mendedahkan kelemahan dan kecacatan seperti di laluan jalan berkelajuan rendah, yang tidak praktikal dan kebarangkalian pemilik kenderaan yang tidak bersalah dikenakan hukuman dalam kes kenderaan mereka dicuri atau nombor pendaftaran palsu yang digunakan oleh pihak lain.
    
Menjelang operasi penuh AES di Malaysia, sejumlah 831 kamera AES dipasang di seluruh negara dan 28 daripadanya adalah di Sarawak, katanya.

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.