Rafizi tuntut Parlimen ambil tindakan pada Nazri

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mungkin memberi makluman salah kepada Dewan Rakyat berhubung "sumbangan politik" berjumlah RM40 juta kepada Umno Sabah.

NONEPemimpin NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) itu menuntut Parlimen mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Nazri.

"...(Tindakan) Nazri boleh dikira cuba menyalahmaklumkan Parlimen dengan kenyataannya bahawa (yang) seolah-olah kesimpulan bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik kepada Umno dibuat oleh ICAC (Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong), sedangkan ia dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC.

"Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Datuk Seri Abu Kassim Mohamaed perlu berterus terang segera kepada Parlimen dan rakyat mengenai status sebenar siasatan SPRM terhadap tuduhan rasuah RM40 juta," katanya lagi.

Dalam kenyataan itu, beliau turut meminta Abu Kassim menjelaskan sama ada SPRM bertanggungjawab memaklumkan bahawa wang berkenaan merupakan sumbangan politik kepada ICAC - sehingga menyebabkan ICAC menghentikan siasatan.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.