'Rendah martabat Parlimen jika jemput peguam Suaram'

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata tindakan menjemput peguam yang mewakili NGO hak asasi Suaram untuk memberi taklimat kepada MP "menjatuhkan maruah" Parlimen.

Katanya, dua peguam yang mewakili Suaram itu juga cuba menjadi hero dan mahu martabat mereka diangkat di Parlimen Malaysia.

"Kalau dua peguam yang mewakili Suaram nak jadi hero, hendak letak dia tinggi sangat pada Parlimen kita, kita merendahkan martabat kitalah," soalnya yang menjelaskan bahawa Malaysia terbuka sekiranya taklimat dijalankan di antara kerajaan dengan kerajaan dan bukannya daripada peguam Suaram.

NONEBeliau turut menggelarkan salah seorang peguam tersebut dengan nama "William Bodoh" setiap kali menyebut nama peguam William Bourdon dalam ucapannya.

Seorang lagi peguam Perancis itu ialah Joseph Breham.

Dalam ucapannya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa untuk belanjawan kementerian itu, Abdul Latiff juga berkata Malaysia terbuka sekiranya majistret Perancis melawat Malaysia.

Namun, majistret berkenaan tidak mempunyai locus standi dan perlu bekerjasama dengan jabatan kehakiman, katanya lagi.

Ahmad Latiff menjawab soalan yang dikemukakan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanya sekiranya kerajaan akan membenarkan peguam Suaram memberi taklimat kepada MP dan juga untuk memberi penjelasan bagi pihak Putrajaya.

Peguam berkenaan dijadualkan untuk memberi taklimat MP berhubung isu berkenaan semalam, namun acara itu dibatalkan memandangkan Kementerian Dalam Negeri tidak dapat memberi jaminan berhubung kunjungan mereka ke negara ini.

Bourdon diusir daripada Malaysia pada tahun lalu, atas dakwaan menyalahgunakan pas lawatannya dengan berucap di satu majlis anjuran Suaram.

Timbalan menteri itu berkata, mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab, termasuk Perancis, akan mengusir mereka kerana mendedahkan segala rahsia siasatan.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.