Mindef pertahan kedatangan kapal perang nuklear AS

Kapal perang berkuasa nuklear USS George Washington dibenar berlabuh di Pelabuhan Klang bulan lalu kerana manfaat ekonomi yang dibawa kepada Malaysia, kata timbalan menteri pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Bercakap di Parlimen malam tadi, Latiff berkata Amerika Syarikat mempunyai peruntukan pertahanan untuk memastikan keselamatan perairannya, dan ia merupakan peluang ekonomi untuk Malaysia.

"Saya pernah makan malam dengan Setiausaha Tentera Laut AS dan peruntukan untuk keselamatan perairannya adalah AS$50 bilion. Jadi jika mereka datang dan perlukan bekalan seperti air, kita sediakan.

"Sudah pasti kita tidak buat ini dalam keadaan terpaksa kerana AS adalah kuasa besar, tetapi kita bersikap terbuka terhadap peluang ini kerana terdapat banyak manfaat darinya. Kapal itu sendiri ada 7,000 anak kapal," katanya.

Beliau menekankan bahawa Malaysia tiada masalah membenarkan kapal perang berkuasa nuklear di perairannya walaupun Malaysia merupakan ahli Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali Asia Tenggara (Zopfan), kerana kapal itu tidak membawa senjata nuklear.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.