Sekolah Cina, kementerian pinda jawapan di Parlimen

Ini kes "sekejap ada, sekejap tak ada" di Parlimen semalam apabila Kementerian Pelajaran bergegas meminda satu jawapan bertulisnya, mungkin untuk mengelak tindak balas daripada pengundi Cina.

NONEDua hari lalu, kementerian itu telah mengeluarkan jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Ong Tee Keat yang meminta penjelasan sama ada terdapat pertimbangan yang berbeza terhadap permohonan menubuhkan sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta Cina.

Ong, yang juga bekas presiden MCA, juga bertanya apakah sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas sekolah-sekolah tersebut.

Kementerian itu telah menjawab bahawa permohonan untuk sekolah menengah persendrian Cina (SPMC) "tidak lagi dibuka" kerana sekolah itu menggunakan kurikulum yang disedia sendiri dan tidak selari dengan kurikulum kebangsaan.

Menjelang pertengahan petang semalam, edisi Cina Malaysiakini menyiarkan berita tersebut, manakala beberapa akhbar Cina telah menghantar mesej teks berita.

Berikutan ini, Kementerian Pelajaran telah menghantar salinan jawapan bertulis yang telah disemak semula kepada media di mana rujukan kepada pemberhentian permohonan untuk sekolah Cina swasta, telah dikeluarkan.

Sebaliknya, jawapan baru itu menyatakan bahawa kewujudan 60 sekolah menangah persendirian Cina (SMPC) itu adalah berdasarkan latarbelakang sejarah. (Lihat bawah untuk melihat perbandingan kedua-dua jawapan.]

"Selepas Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasa, sebahagian sekolah menengan Cina memilih untuk menjalankan kurikulum kebangsaan lalu digelar SMJK atau sekolah comforming manakala selebihnya berdikari dan menjadi SMPC (sekolah menangah persendirian Cina).

"Akan tetapi, kewujudan SMPC turut diberi 'status quo' mengikut peruntukan seksyen 151 Akta Pendidikan 1996.

"Kenyataan ini adalah selari dengan ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak (yang pada masa itu menteri pelajaran) semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 pada 18 Disember 1995."

NONE


[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.