Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan komitmen untuk menyiasat dakwaan BN memperolehi 24 keping tanah di Selangor pada harga RM1.4 juta walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi.

"Saya bercadang meneliti pemilikan tanah tersebut dan berikan kertas kerja (memperinci) apa yang boleh dilakukan.

"Tapi kuasanya mestilah tertib," katanya sewaktu berucap di Dewan Undangan Negeri petang tadi.

Sementara itu, menteri besar, tanpa memberikan sebarang perincian, sebelumnya menegaskan bahawa berdasarkan undang-undang sedia ada mana-mana exco berkuasa memperuntukkan tanah dan juga harga (premium) tanah itu.

Namun beliau mengingatkan ia hanya boleh dibuat dengan syarat tidak wujud pertembungan kepentingan dalam tindakan itu.

Tegasnya lagi, kerajaan negeri mempunyai kuasa mengambil semula

tanah itu jika ia digunakan bukan seperti tujuan asalnya.

Dakwaan pembelian tanah murah oleh BN Selangor itu mula dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim yang mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pentadbiran dahulu kepada BN Selangor pada harga RM1 sekaki persegi walaupun harga pasaran dianggarkan RM20 juta.

Hari ini, Ng menyemak semula nilai 24 keping tanah tersebut daripada

RM20 juta kepada RM300 juta.

"Izinkan saya buat pembetulan di sini. Tempoh hari saya anggarkan

skandal Sapu Tanah 1Malaysia ini RM20 juta.

"Tetapi setelah saya teliti dengan harga pasaran antara RM300 ke RM400 sekaki persegi, paling kurang kalau RM200 kaki persegi, anggarannya tidak kurang daripada RM300 juta," kata di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus sebelum ini membidas dakwaan Ng dan menjelaskan tanah itu digunakan untuk tujuan kemasyarakatan.

Ng bagaimana pun menolak penjelasan Shukur dan mendakwa sebahagian tanah itu telah dijual dan digunakan secara komersial.

 

 

 

 

 

 

ADS