Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Exco Kanan Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong semalam.

Penafian itu dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor selepas ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh bangkit mencadangkan kepada ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail agar mengadakan kursus sensitiviti jantina diadakan untuk ADUN di Selangor.

Hannah kemudian membacakan keratan berita bahasa Melayu Malaysiakini berkenaan insiden itu semalam.

"Saya agak terkejut di mana seksisnya kenyataan saya semalam.

"Subang Jaya yang terperasan, atau exco yang terasa, sila sebutkan," kata Mohd Isa mempertahankan dirinya.

Hannah Yeoh kemudian memohon penjelasan lanjut dari Mohd Isa berkenaan insiden itu semalam.

Hannah: Apa maksud 'hutan diri you sendiri'?

Mohd Isa: Kalau buka hansard, saya tak sebut hutan diri you sendiri. Saya sebut hutan simpan Bukit Lanjan, itu sahaja yang saya sebut.

Bagaimana pun, hansard persidangan DUN semalam masih lagi belum disediakan sewaktu berita ini ditulis.

Kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan penjelasan Mohd Isa,

Hannah sekali lagi menegaskan cadangannya agar para ADUN dihantar mengikuti kursus sensitiviti gender.

"Untuk Pakatan Rakyatlah (kursus itu) sebab saya rasa mereka ini

moralnya kurang sedikit," jawab Mohd Isa enggan berganjak daripada

mempertahankan dirinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

(Berita penuh menyusul)

1. ADUN Umno didakwa hambur kenyataan seksis pada Eli

ADS