Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah: Pendirian anti-LGBT untuk kekang HIV, AIDS
Diterbitkan:  Nov 26, 2012 8:35 PM
Dikemaskini: 12:43 PM

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mempertahankan pendirian Malaysia berhubung Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean yang ditandatangani Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 November lalu dengan memberi alasan "moraliti yang tinggi" negara ini.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Kambodia Phnom Penh Post yang disiarkan hari Jumaat lalu, Rosmah memberi alasan bahawa Malaysia memiliki kadar pengidap HIV/AIDS yang "membimbangkan".

Beliau antara lainnya berkata, hak asasi seorang individu adalah berdasarkan kepercayaan, budaya dan agama individu berkenaan.

"Baiklah, jika anda mahu iktiraf (hak LGBT), anda fikir ia betul, anda tidak mahu ikut apa di dalam Injil anda, baiklah, saya tidak kutuk perkara itu... Tapi ini adalah cara kami mentadbir negara kami. Berdasarkan... moraliti tinggi.

"Anda tahu mengapa HIV dan AIDS berlaku... bagaimana ia disebarkan. Sekarang jumlah orang yang mengidap HIV adalah membimbangkan.

"Apa yang anda mahu? Anda mahu benarkannya.. atau anda ingin kawal – maka inilah cara yang kita patut amal," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Rosmah bercakap kepada Phnom Penh Post mengenai peruntukan dalam deklarasi hak asasi berkenaan yang menyatakan bahawa "hak asasi dan kebebasan asas" tertakluk kepada keselamatan negara, ketenteraman, keselamatan dan moral awam, serta kebajikan umum dan masyarakat demokrasi.

Peruntukan itu dikritik oleh banyak kumpulan masyarakat sivil di rantau ini, yang mendakwa tindakan itu mendiskriminasi kumpulan minoriti termasuk komuniti LGBT.

Rosmah dan Najib berada di Phnom Penh untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21.

[Baca berita penuh]

ADS