Cubaan pecah mesin ATM di masjid gagal

Sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) Bank Islam di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul di ibunegara gagal dipecah sekumpulan suspek dalam kejadian samun yang dipercayai berlaku awal semalam.
    
Kejadian itu disedari pada kira-kira jam 9 pagi ketika seorang pencuci sedang menjalankan tugasnya di dalam kiosk itu, yang turut menempatkan mesin deposit wang milik Bank Islam.
    
anwar court trial 160511 sentul district police chief zakaria paganKetua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata pemeriksaan mendapati beberapa kesan bakar dan pecah pada ATM itu, yang dipercayai menggunakan bahan Oxytelene.
    
Beliau berkata polis percaya suspek tidak meneruskan cubaan memecah ATM itu setelah menyedari perbuatan mereka dikesan orang awam yang melalui kawasan tersebut.
    
"Suspek dipercayai tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian setelah gagal memecahkan ATM," katanya dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam tadi.
    
Zakaria berkata siasatan di tempat kejadian turut menemui dua tong gas dan satu beg galas yang mengandungi peralatan pecah rumah.

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.