PTPTN kutip 85 peratus hutang lapuk pada 2011

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya memungut sebanyak 85 peratus daripada peminjam pada tahun lalu – berbanding hanya sebanyak 47 peratus pada tahun sebelumnya.

Menurut laporan tahunannya yang dibentangkan di Parlimen semalam, perbadanan itu memungut sebanyak RM737.6 juta daripada RM867.2 juta yang belum dilunaskan peminjam pada 2011.

Jumlah ini melibatkan peningkatan sebanyak RM99.2 juta berbanding jumlah kutipan pada tahun sebelumnya, yang mencatat tunggakan sebanyak RM1.36 bilion (2010).

"Trend peningkatan ini.. terjadi berikutan berlakunya pertambahan pelajar yang menamatkan pengajian dan pembiayaan pendidikan yang sering meningkat saban tahun.

"Ia juga membuktikan penerima biaya mulai sedar akan tanggungjawab yang digalas sebagai penerima biaya PTPTN," laporan itu dipetik.

Menurut dokumen itu lagi, sebanyak 10,090 notis peringatan terakhir dikeluarkan kepada peminjam ingkar pada 2011, selain 10,109 surat tuntutan.

Bagaimanapun, tindakan undang-undang ditangguhkan bagi menawarkan skim ujrah kepada semua peminjam, termasuk kepada peminjam ingkar, untuk menukar terma pinjaman bagi menurunkan kadar faedah antara tiga hingga lima peratus kepada satu peratus setahun.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.