Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang MP pembangkang hari ini mencadangkan agar Dewan Rakyat mempertimbangkan untuk melantik seorang Speaker wanita bagi membolehkan persidangan Dewan lebih peka dengan ungkapan seksis.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata beliau juga kesal kerana Dewan Rakyat terpaksa memperkenalkan peruntukan baru itu bagi mengelakkan MP mengeluarkan kenyataan seksis.

Padahal, ahli Dewan sepatutnya sejak awal lagi peka dengan kenyataan sebegitu, katanya lagi ketika membahaskan usul pindaan Peraturan Mesyuarat 36 (4) berhubung ketetapan baru itu.

"Tanpa prasangka kepada Tuan Speaker, mungkin sudah sampai masanya untuk kita ada speaker wanita kerana beliau akan lebih sensitif (terhadap perkara ini)," kata Gobind.

Peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat itu sebelum ini menyebut, larangan itu dikuatkasaha ke atas perbuatan mengeluarkan kenyataan biadap atau tidak sopan.

Cadangan pindaan baru ke atas fasal berkenaan kini menyatakan: "Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap) atau membuat pernyataan seksis".

Usul berkenaan dibentangkan Menteri hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini.

Dalam ucapan penggulungannya, Nazri menjelaskan perkataan "seksis" ditambah dalam pindaan kerana perkataan "biadab" tidak merangkumi maksud seksis.

"Perkataan seksis ditambah bagi menjelaskan bahawa ahli parlimen dilarang daripada mengeluarkan apa-apa pernyataan berbentuk seksis kerana perkataan biadab dikhuatiri tidak merangkumi perkataan bersifat seksis," katanya.

Katanya, Yang Dipertua Dewan Rakyat akan bertanggungjawab menentukan sama ada sesuatu kenyataan MP itu bersifat seksi.

Beliau turut mengambil maklum cadangan yang dikemukakan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) agar satu taska atau pusat asuhan diwujudkan untuk kemudahan ahli parlimen dengan anak kecil.

Teo hari ini turut membawa anaknya yang berusia empat bulan ke bangunan Parlimen dalam tuntutannya ke atas hak wanita berhubung perkara itu.

[Berita penuh menyusul]

ADS