Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

EKSKLUSIF Ahli perniagaan Deepak Jaikishan kesal dengan penglibatannya dalam usaha membuatkan P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendiang Altantuya Shaariibuu.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini lewat malam tadi, Deepak berkata beliau hanya terlibat dalam usaha berkenaan atas permintaan seorang "kawan wanita" yang didakwanya mempunyai hubungan dengan satu pihak yang mungkin akan terjejas jika pengakuan berkanun pertama itu tidak digugurkan.

NONE "Saya diminta membantu oleh seorang kawan, saya bersetuju untuk membantu beliau kerana saya boleh lihat akibat yang akan dialami keseluruhan kumpulan itu.

Itulah bagi saya – terlibat dalam keseluruhan masalah Bala ini – satu kesilapan.

"Saya tiada kena mengena (untuk terlibat). Saya seorang ahli perniagaan. Saya kecewa kerana membantu seorang kawan yang saya anggap sejati... Saya tidak sepatutnya terlibat dalam filem James Bond ini," katanya.

Deepak bagaimanapun enggan menjelaskan identiti kawan wanitanya itu.

Deepak diketahui mempunyai hubungan rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang disifatkannya sebagai seorang "kakak".

Ditanya mengenai kekesalannya itu, Deepak selepas berfikir panjang berkata: "Tidakkah anda akan kesal apabila terlibat dengan sesuatu yang amat keruh, yang melibatkan pembunuhan, yang melibatkan begitu banyak perkara yang amat negatif, tidakkah anda akan mengesalinya? Siapa saja akan mengesalinya".

Usahawan permaidani itu menambah, masalah tersebut memberi "aura negatif" ke atasnya sebagai seorang ahli perniagaan.

[Baca berita penuh]

ADS