Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa kecederaan dialami A Kugan, yang ditemui mati di balai polis Taipan-USJ pada 20 Januari 2009, dilakukan oleh anggotanya dari unit jenayah berat (D9).

Bagaimanapun, subinspektor Loh Voon Chye, 56, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Subang Jaya tidak menamakan pegawai atau anggota yang terlibat menyerang Kugan.

Loh ketika ditanya peguam R Sivarasa – yang mewakili ibu Kugan, N Indra dalam kes saman RM100 juta ke atas polis dan kerajaan – berkata pasti ada individu terlibat yang menyebabkan kecederaan tersebut.

Indra memfailkan saman berkenaan pada 13 Januari tahun ini, di mana beliau menamakan bekas ketua polis Selangor yang kini merupakan timbalan ketua polis negara Datuk Khalid Abu Bakar, konstabel V Navindran, bekas ketua polis daerah Subang Jaya Allahyarham Zainal Rashid Abu Bakar, ketua polis negara dan kerajaan sebagai defendan.

Loh merupakan penyelia di balai polis Taipan-USH semasa Kugan meninggal dunia pada pagi 20 Januari 2009 dan dikenakan surat amaran selepas kejadian tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS