Polis soalsiasat tujuh orang berkaitan Perarakan Hijau

Sekurang-kurangnya tujuh orang telah dipanggil polis untuk disoalsiasat berhubung Perarakan Hijau setakat ini, Himpunan Hijau, termasuk dua ahli parlimen PKR, kata ketua publisitinya, Lee Chean Chung.

tian chua kampung railway residents protest 3Mereka adalah ahli jawatankuasa pergerakan itu Dr Phua Kia
Yaw dan Bang Seet Peng, pemilik sebuah SUV yang digunakan semasa perarakan - Jimmy Wong dan isterinya, ketua PAS Gombak Ishak Surin, dan Ahli Parlimen - Tian Chua (kanan) dan Sivarasa Rasiah.

Manakala polis Kuantan menyoalsiasat Phua dan Bang hanya tentang Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari, Lee berkata masanya adalah "membingungkan", kerana ia telah hampir sepuluh bulan berlalu sejak perhimpunan itu diadakan.

Kedua-duanya enggan menjawab sebarang soalan di ibu pejabat polis daerah Kuantan semalam.

Perarakan Hijau merupakan kembara sejauh 300 kilometre dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dan kumpulan itu tiba di Dataran Merdeka pada 25 November selepas dua minggu perjalanan.

Menurut Lee, Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah dipanggil untuk disoal siasat semalam.

Sementara itu pagi ini, Ahli Parlimen Subang Sivarasa yang juga seorang peguam, menemani Ishak ke balai polis Wangsa Maju sebagai peguamnya, tetapi beliau juga turut disoalsiasat.

psm indepence forum 300807 ishak surinKatanya, selepas kira-kira sejam disoalsiasat, walaupun polis
berkata Ishak (kiri) disoalsiasat sebagai saksi, tetapi beliau percaya soalannya bertujuan untuk mengaitkan beliau dengan penyertaan dalam perhimpunan haram.

"Terus terang saya katakan, selepas kami mendengar kira-kira 40 soalan, Ishak tidak dipanggil sebagai saksi tetapi bakal menjadi orang yang dituduh.

"Tujuan soalan adalah jelas cuba untuk mendapatkan bukti bahawa Ishak terlibat dalam satu jenayah - perhimpunan haram di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.