Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

dikemaskini Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat selepas menghadiri ceramah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.

Memorandum itu dihantar oleh guru berkenaan, Qatrun Nada Mohd Latfi menerusi NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN).

Dalam memorandum itu, Qatrun memohon Suhakam agar menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) "bersikap profesional dan membebaskan JAWI daripada menjadi jentera politik parti memerintah".

Ia juga memohon Suhakam agar "menggesa Umno tidak menggunakan agensi kerajaan sebagai alat politik untuk mengekang kemaraan parti lawan".

Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen yang menerima memorandum itu berkata bahawa pihaknya akan menyiasat dakwaan yang terkandung dalam memorandum itu.

Jika kes itu sudah dibawa ke mahkamah, Suhakam boleh bertindak sebagai pihak ketiga untuk mengesahkan jika kes itu didapati mencabuli hak-hak asasi manusia.

"Suhakam boleh turut serta dan beritahu mahkamah perkara ini bertentangan dengan hak asasi manusia dan kami boleh bantu mana-mana peguam yang sudah dilantik untuk membawa kes ini ke mahkamah," katanya.

 

ADS