Chua Jr: RM121j 'hilang' dalam Kertas Putih Talam

Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong menuntut supaya Kertas Putih kerajaan negeri Selangor mengenai pelunasan hutang Talam Corporation, dibuat semula kerana mendakwa RM121 juta telah "hilang".

NONEBeliau membandingkan maklumat dalam dokumen itu dengan
satu pengumuman kepada Bursa Malaysia pada 28 November oleh Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB), yang didedahkannya dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dalam pengumuman KHSB, juruaudit AKN Arif telah dilantik untuk menjalankan satu kajian pelunasan hutang oleh Talam," katanya.

Jumlah hutang Talam dan penalti pembayaran lewat kepada KHSB sepatutnya RM236 juta dan bukan RM115 juta, Chua berkata.

Beliau mendakwa bahawa RM121 juta telah dihapuskira dalam pelunasan hutang Talam, kerana jumlah itu hilang dalam Kertas Putih dan dalam laporan juruaudit yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata juruaudit itu juga turut mengulas bahawa siasatan lanjut diperlukan untuk menentukan sama ada prosedur yang betul telah diikuti berkaitan dengan pelunasan hutang tersebut.
 
"Jika segala-galanya dijelaskan dalam kertas putih dan laporan KPMG, mengapa siasatan lanjut kini diperlukan?" Katanya.
 
Kerajaan negeri Selangor telah membentangkan Kertas Putih berhubung pelunasan RM392 juta hutang Talam bagi membuktikan kepada para pengkritik bahawa ia bukan tindakan untuk menyelamatkan Talam.
 
Bagaimanapun, Chua tetap bertegas bahawa langkah pelunasan hutang tersebut, bertujuan untuk menyelamat dan membantu Talam, dan mendakwa kertas putih dan laporan KPMG hanyalah langkah untuk menyembunyikan kebenaran.
 
[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.