SPRM, AG anjur kursus untuk MP bagi elak rasuah

Koh Jun Lin        

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara (AG) akan mengadakan kursus tahun depan untuk ahli parlimen bagi mengelak rasuah, kata Pengarah PEMANDU, D Ravindran.

"Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) sebenarnya mempunyai komitmen oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamad dan AG (Tan Sri Abdul Gani Patail), di mana kedua-duanya akan mengadakan kursus untuk penggubal undang-undang kita.

"Jadi, untuk pertamakalinya, kita akan mendidik ahli parlimen kita mengenai apa yang boleh diambil atau apa yang tidak boleh diambil," katanya di luar majlis  pengumuman Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Petaling Jaya hari.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In