Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP terima amaran sebelum penguatkuasa bertindak

MP Seputeh Teresa Kok berkata beliau menerima amaran daripada pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, lima minit sebelum tindakan dijalankan ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau memberi keterangan di siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia pada pagi ini bahawa beliau diberikan aman apabila mengadu kepada pegawai tersebut bahawa sekatan jalan raya yang dijalankan menghalang beliau daripada beredar.

“Kalau nak balik, cepatlah. Mereka nak bertindak,” Kata Kok yang mengulangi semula amaran tersebut.

Kok berkata, kira-kira lima minit kemudian beliau melihat sekumpulan individu berlari serta kepulan asap gas pemedih mata di belakang kumpulan tersebut.

“Saya fikir sudah berlaku perbincangan. Saya fikir mereka tahu apa yang akan berlaku," katanya yang menambah, keadaan itu memberi gambaran kepadanya bahawa serangan ke atas kumpulan individu berkenaan telahpun dirancang.

[Baca berita penuh]

ADS