Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lynas mesti eksport keluar semua sisa, kata menteri
Diterbitkan:  Dec 10, 2012 8:32 PM
Dikemaskini: Dec 11, 2012 8:22 AM

dikemaskini Kerajaan persekutuan menegaskan pendirian bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL).

Empat menteri kabinet dalam satu kenyataan bersama hari ini menyatakan bahawa TOL itu boleh digantung atau dibatalkkan sekiranya syarat berkenaan tidak dipatuhi.

"TOL yang dikeluarkan kepada Lynas menetapkan syarat khusus bahawa syarikat Lynas perlu menghantar keluar dari Malaysia semua residu yang dihasilkan oleh LAMP.

"Ini termasuk semua produk yang diperbuat daripada residu tersebut. Dalam hal ini, kabinet juga memperakukan syarat khusus tersebut.

"Sekiranya Lynas gagal mematuhi syarat khusus ini, Lembaga Pelesenan Atom mempunyai kuasa bawah Seksyen 22 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk menggantung atau membatalkan TOL dan memerintah Lynas memberhentikan operasinya serta merta," kenyataan itu dipetik.

Kenyatan itu dikeluarkan bersama oleh menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, menteri sumber asli Datuk Seri Douglas Unggah Embas dan menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut kenyataan itu, ia dikeluarkan "berikutan laporan media yang kurang tepat mengenai penghantaran keluar residu yang dihasilkan LAMP".

Walaupun tidak menamakan mana-mana laporan khusus, ia dipercayai merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan pengarah urusan Lynas Malaysia Mashal Ahmad.

Dalam laporan Guang Ming Daily, Mashal menyatakan bahawa sisa berkenaan tidak boleh dieksport disebabkan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya.

Lynas bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh badan pengawal selia.

ADS