Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, MCA sengaja mensensasikan isu saman yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam terhadap empat individu bukan Islam dengan mengaitkan isu tersebut dengan undang-undang syariah.

NONE Sedangkan, tindakan ke atas individu berkenaan diambil mengikut undang-undang kecil yang dikuatkuasa pihak berkuasa tempatan dan tiada kena mengena dengan undang-undang syariah, katanya.

Katanya, tiada individu bukan Islam didakwa di bawah undang-undang itu selama PAS menguasai pentadbiran di Kelantan.

"Apa yang berlaku tak ada kena mengena dengan kes mahkamah syariah. Selama PAS memerintah Kelantan tak ada seorang pun bukan Islam di dakwa di mahkamah syariah.

"Isu ini sengaja disensasikan oleh MCA. Kita tahu akhbar The Star itu milik MCA. Ini agenda MCA untuk menarik balik masyarakat terhadap dia.

"Mereka disaman kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam, bukan berkhalwat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Mustafa juga berkata parti itu bagaimanapun menganggap isu yang dimainkan akhbar berkenaan sebaga isu remeh dan tidak memadai untuk dibawa ke mahkamah.

"Bagi kita ini isu kecil. Tak padan kita nak saman, nak bawa ke mahkamah. Buang masa saja," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar The Star yang mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) Kelantan mengeluarkan saman ke atas dua orang lelaki bukan Islam  kerana "berkhalwat".

Kejadian itu didakwa berlaku di kawasan parkir lapangan terbang Sultan Ismail Petra dalam satu kejadian pada lewat malam.

Dalam kejadian berasingan, seorang lagi lagi lelaki turut dilaporkan disaman kerana mendukung teman wanitanya ketika berjoging di Taman Tengku Anis, di Kota Bharu.

 

ADS