Produk sisa Lynas boleh dipasar di M'sia jika...

Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata sisa daripada operasi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) boleh dipasarkan di Malaysia sekiranya ia ditukar kepada produk sintetik yang hanya mengeluarkan radiasi rendah.

Sisa itu juga boleh dipasarkan sekiranya syarikat berkenaan berjaya mendapatkan pembeli, katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Sekiranya tiada pembeli, Lynas perlu mengeksport bahan tersebut katanya lagi.

Beliau menjelaskan, hasil produk itu tidak berbahaya kerana hanya akan mengeluarkan radiasi pada skala 1 Becquerel setiap gram – jauh lebih rendah daripada had 5 Becquerel setiap gram seperti ditetapkan oleh piawai antarabangsa untuk bahan yang dikira berbahaya.

Namun, beliau menjelaskan bahawa bahan berkenaan termaktub bahawa bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekitar dan perlu mematuhi keperluan akta berkenaan sebelum dipasarkan.

Maximus juga menegaskan bahawa ia perlu dieksport keluar daripada negara, mengikut syarat yang ditetapkan, sekiranya ia dalam bentuk sisa mentah.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.