Bakri: Tiada campurtangan dalam siasatan PDRM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menafikan dakwaan bekas ketuanya, Tan Sri Musa Hassan bahawa menteri dalam negeri campur tangan dalam urusan polis.

Menurut laporan Berita Harian, Mohd Bakri juga berkata polis tidak pernah pilih bulu dalam siasatan yang dijalankan.

NONE"PDRM sentiasa memastikan setiap aspek siasatan yang dijalankan tidak melangkaui mana-mana ketetapan undang-undang dengan keperluan siasatan ditentukan bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan penjenayah.

"Justeru, dalam pelaksanaan itu, tiada sebarang campur tangan wujud untuk mempengaruhi siasatan sama ada daripada individu atau pihak tertentu," kata Mohd Bakri.

Bakri berkata demikian ketika mengulas dakwaan Musa – bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluar arahan kepada pegawai bawahan dan ketua polis daerah tanpa pengetahuannnya semasa Musa menjadi ketua polis negara.

Menurut laporan itu lagi, Mohd Bakri juga percaya Musa menyentuh konteks penyiasatan kes jenayah, dan percaya ia tidak berlaku.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.