Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tak pertimbang dedah TOL Lynas, kata menteri

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata kerajaan tidak mempertimbangkan untuk mengumumkan lesen operasi sementara (TOL) Lynas kepada umum.

Bercakap kepada pemberita hari ini, perkara itu tidak dibangkitkan untuk perhatian kerajaan.

NONE Beliau sebelum itu ditanya sama TOL untuk mengusahakan Lynas Advanced Materials Plant itu akan didedahkan kepada awam.

Tambahnya, kementerian itu juga tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut.

Beliau juga meminta pemberita mendapatkan kenyataan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom untuk hal berkaitan perkara teknikal.

“Cukuplah. Tidak kira apa yang kami katakan, ianya perkara yang sama," katanya.

Kekeliruan berhubung terma TOL itu timbul memandangkan empat menteri kabinet, termasuk Ongkili, dalam tiga kenyataan bersama sejak Februari lalu menegaskan bahawa Lynas terikat dengan terma lesen tersebut untuk mengeluarkan sisa radioaktif dari lojinya.

Bagaimanapun, pengerusi eksekutif Lynas Corporation Nicholas Curtis dilaporkan berkata tindakan untuk mengeluarkan sisa berkenaan dalam bentuk produk selamat adalah secara sukarela.

[Baca berita penuh]

ADS