Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pemimpin dinilai kerana keikhlasan, bukan jawatan'

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said berkata seseorang pemimpin dinilai bukan kerana jawatan, sebaliknya kerana keikhlasannya dalam memimpin.

Oleh itu, katanya, soal relevan atau tidak seseorang pemimpin dalam mengetengahkan sesuatu perkara bukanlah perkara pokok sebenarnya.

"Yang penting adalah keikhlasan pemimpin itu dalam perjuangannya tanpa memikirkan soal jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Kota Belud di Dewan Masyarakat Kota Belud.

Salleh diminta mengulas kritikan anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin berhubung kenyataannya mengenai politik 'touch and go' pakatan pembangkang baru-baru ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mengajak setiap umat Islam supaya meletakkan keimanan dan ketaqwaan sebagai keutamaan.

"Hal ini perlu menunjangi aspek pembangunan dan pemantapan ukhuwah dengan berusaha meningkatkan keupayaan dan penguasaan dalam semua bidang ilmu," katanya.

Beliau juga menyeru agar masyarakat Islam terus bersatu padu dan bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam untuk menentukan keamanan dan pembangunan negara.

-Bernama

ADS