Guan Eng: Adakah masuk penjara juga nepotisme?

Dakwaan nepotisme dalam kepimpinan dan pilih kasih dalam melayan mereka yang berbeza pendapat semakin rancak diperkatakan menjelang kongres nasional DAP yang ke-16 di Pulau Pinang hari ini.

Bagaimana pun, seorang pemimpin tertinggi parti menolak dakwan itu dan memberi ingatan tegas kepada 2,576 perwakilan yang akan mengundi badan pembuat keputusan parti yang utama –  jawatankuasa eksekutif pusat yang baru hari ini – agar bersatu atau menghadapi akibatnya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kekal bersatu walau apa keputusan pemilihan parti sekali pun.

"Tiada maknanya jika menang pemilihan parti tetapi kalah pilihan raya umum," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Kita perlu menempuh pilihan raya dengan satu semangat sebagai satu pasukan," tambahnya.

Menurut Lim, yang merupakan anak penasihat kebangsaan dan pemimpin veteran parti Lim Kit Siang, tuduhan nepotisme terhadap beliau dan yang lain dalam parti itu adalah "tidak adil".

Ini kerana mereka yang ada pertalian darah dengan kepimpinan parti tidak mendapat layanan istimewa atau jawatan istimewa.

"Nepotisme bermakna ahli keluarga mendapat layanan istimewa (yang tidak diperoleh orang lain).

"Saya mahu tanya layanan istimewa apa yang kami dapat? Masuk penjara itu anda rasa istimewakah?" katanya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.