Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim mencadangkan agar jawatan penting dalam DAP dipertandingkan secara terus dan bukan lagi dibincangkan oleh jawatankuasa eksekutif pusat semata-mata.

Menurutnya, perubahan itu dicadangkannya mengambil kira keahlian DAP yang semakin bertambah dan bagi membanteras bibit politik wang yang didakwanya sudah mula bercambah di dalam parti itu.

"Saya rasa sudah sampai masanya kita kaji semula perubahan dalam parti pimpinan pusat, setiausaha agung, pengerusi dan jawatan-jawatan penting kita biarkan rakyat, seluruh ahli kita memilih secara terus.

dap congress election polling booths "Kerana apa? Kerana ahli kita sudah bertambah dan ada pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sudah ada bibit-bibit mereka menggunakan politik wang.

"Walaupun tidak jelas tetapi sudah ada bibit-bibit menunjukkan keadaan ini.

"Maka dengan itu, kalau kita ubah sistem kita dengan pilihan secara terus saya yakin elemen rasuah, politik wang dalam parti akan dapat kita cegah seminimum yang boleh," katanya.

Ng berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar pengerusi parti petang ini Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu di Pulau Pinang.

Sementara itu, seorang lagi perwakilan Melaka mencadang agar CEC menambah keahliannya daripada 20 orang kepada sekurang-kurangnya 25 orang.

Tey Kok Kiew dari cawangan Parameswara turut mencadangkan agar jawatan ketua Pemuda Sosialis DAP diserap secara automatik ke dalam keanggotaan CEC.

Tey membuat cadangan itu bagi membolehkan ketua sayap pemuda itu menimba pengetahuan daripada ahli lain yang berpengalaman.

DAP kini mengamalkan sistem pemilihan seramai 20 anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang kemudian akan berbincang dan melantik individu di kalangan anggota jawatankuasa berkenaan bagi mengisi jawatan penting seperti setiausaha agung dan pengerusi.

20 anggota CEC itu kemudiannya akan melantik sepuluh lagi anggota tambahan menjadikan jumlahnya 30 orang.

ADS