Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cukai pintu: K'jaan negeri akan teliti setiap aduan
Diterbitkan:  Dec 19, 2012 9:09 AM
Dikemaskini: 1:12 AM

Kadar cukai pintu di seluruh negeri Selangor  berdasarkan kadar harga semasa hartanah mengikut penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan menggunapakai penilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk menetapkan kadar cukai pintu di kawasan mereka.

Oleh itu, tegas beliau, kadar cukai pintu bukan ditetapkan secara sewenang-wenangnya oleh pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan.

Justeru, tambahnya, pihak-pihak yang mempertikaikan kadar itu sama seperti mereka menganggap penilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu tidak betul dan tidak boleh dipakai.

“Adakah Datuk Donald Lim Siang Chai selaku Timbalan Menteri Kewangan juga beranggapan penilaian ini salah dan menolak penilaian yang dibuat oleh jabatan di bawah kementerian beliau?,” soal Menteri Besar," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagai kerajaan negeri yang prihatin dengan masalah rakyat, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan yang terlibat supaya mengadakan perjumpaan dengan persatuan atau individu yang tidak setuju dengan kadar cukai pintu yang dikenakan.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti setiap aduan dan sedia memberi potongan bagi kes-kes yang tertentu tetapi pemiliknya perlu membayar kadar penuh apabila mahu menjual hartanah itu.

Menteri Besar berkata,  penetapan kadar cukai berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah lama digunapakai oleh PBT tetapi tidak pernah dijadikan isu oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Justeru, menteri besar menasihatkan pihak terlibat khususnya BN berhenti "berpura-pura kononnya membela nasib rakyat sedangkan pada masa yang sama terus membisu isu penyelewengan wang rakyat".

ADS