Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga mangsa mati dalam tahanan tuntut keadilan

Keluarga seorang mangsa yang mati dalam tahanan polis menangis menuntut keadilan di hadapan ibupejabat polis di Bukit Aman di Kuala Lumpur pagi ini.

Mereka berkata, Krishnan Subramaniam ditangkap di Kota Damansara pada 8 November dan pada 20 November  mahkamah majistret Petaling Jaya memerintahkan dia dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak, untuk pemerhatian.

NONE Bagaimanapun, Krishnan didapati meninggal dunia ketika dia dihantar ke hospital pada 22 November.

"Bedah siasat ke atas mayat Krishnan mengesahkan dia meninggal dunia akibat septisemia, bermakna darahnya telah teruk dijangkiti," kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa di luar ibupejabat polis persekutuan.

"Bagaimana itu berlaku? Ia kerana terdapat luka di pergelangan tangannya, disebabkan oleh gari atau mungkin oleh sebab-sebab lain yang tidak diberi rawatan.

"Kita tahu bahawa jika dia dirawat dengan antibiotik yang mudah didapati, dia akan pulih dalam masa seminggu," tambah Sivarasa, yang hadir bersama keluarga Krishnan untuk menyerahkan memorandum menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengambil tindakan terhadap perkara itu.

[Baca berita Penuh]

 

ADS