Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP pada kongres ke-16 parti itu hujung minggu lalu menyaksikan tiada seorang pun ahli Melayunya terpilih ke dalam jawatankuasa itu.

Namun, CEC yang baru membuat keputusan melantik dua anggota Melayu - Senator Ariffin SM Omar dan setiausaha politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari - satu langkah yang dilihat sesetengah pihak sebagai usaha untuk menyedapkan hati pengundi Melayu.

Analisa yang sambil lewa dan dibuat tanpa menghadiri kongres itu akan merumuskan kegagalan lapan calon Melayu yang bertanding sebagai penolakan terhadap kepimpinan Melayu dalam DAP.

Bagaimanapun, temubual ringkas dengan sebahagian yang kalah selepas pemilihan itu membuktikan sebaliknya.

NONE Ahmad Ton telah menjadi ahli selama 36 tahun percaya beliau mempunyai banyak ruang untuk menyumbang ke dalam parti di peringkat negeri walaupun tidak lagi berada dalam CEC.

"Saya memegang jawatan di peringkat jawatankuasa negeri dan saya akan berusaha di peringkat negeri," katanya yang merupakan naib pengerusi DAP Johor.

Ahmad yang ditemui selepas pengumuman sepuluh anggota lantikan CEC tetap tersenyum dan kelihatan tetap bertenaga walaupun tidak dilantik ke dalam jawatankuasa itu.

Tegasnya, beliau kekal yakin dengan DAP sebagai wadah untuk menzahirkan konsep bangsa Malaysia.

"Saya dah menjadi ahli (DAP) selama 36 tahun dan saya percaya dengan DAP sebab konsep dia nak wujudkan satu konsep rupa bangsa Malaysia," katanya.

dap national congress 161212 malay zulkifli mohd noor 2 Zulkifli Mohd Noor, yang kalah dan tidak terpilih untuk dilantik juga tidak gusar jauh sekali 'merajuk' dengan parti itu - satu budaya biasa di kalangan Melayu Umno.

"Sama ada mereka lantik saya atau tidak saya tiada apa-apa untuk dirisaukan," katanya yang telah menjadi ahli DAP selama 25 tahun dan kini seorang ahli majlis di Pulau Pinang.

Beliau juga tidak menolak, faktor bekas naib pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim sebagai punca sikap berhati-hati perwakilan untuk memberikan kepercayaan kepada wakil Melayu untuk berada di dalam CEC.

"Saya kecewa kerana kerusi yang saya tinggalkan untuk Tunku Aziz dah dirosakkan beliau," katanya.

Ariffin SM Omar yang dilantik ke kerusi naib presiden pula, mahu parti itu lebih fokus kepada usaha merekrut ahli Melayu yang setia dengan parti.

"Kita perlukan Melayu yang berpegang pada prinsip, bukan Melayu yang sertai parti hari ini dan keluar esok demi manfaat kewangan.

"Bagi saya mungkin DAP perlukan sedikit masa untuk perolehi keyakinan orang Melayu terhadap DAP," katanya.

Selain Ahmad Ton, dua lagi calon CEC iaitu Senator P Ramasamy dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw turut gagal mempertahankan kerusi mereka pada pemilihan lalu.

dap national congress 161212 teng chang khim ramasamy chong eng Persamaan di antara mereka, ketiga-tiganya tidak sepopular Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh - yang dilihat sebagai ikon parti di peringkat nasional.

P Ramasamy berpendapat kegagalannya terpilih adalah kerana beliau tidak berkempen atau melobi secara serius.

"Saya cuma bercakap dengan beberapa perwakilan dan pemimpin. Tiada kempen besar-besaran untuk tempat dalam CEC," katanya yang kemudian dilantik ke dalam CEC.

Justeru, kegagalan mereka untuk dipilih semula ke dalam CEC membatalkan hipotesis bahawa perwakilan memilih berdasarkan warna kulit semata-mata.

Faktor kekurangan kempen oleh calon-calon serta kelebihan buat muka-muka yang sememangnya dikenali ramai menjelaskan komposisi jawatankuasa tersebut.

Dari sisi lain, kesediaan 20 anggota CEC melantik dua anggota Melayu, secara tidak langsung sebenarnya membuktikan komitmen peringkat tertinggi dalam mempersiap dan merapi kepimpinan Melayu dalam parti itu.

Mereka pernah tersilap apabila melantik Tunku Aziz sebagai naib presiden yang kini menjadi pengkritik tegar parti itu daripada luar.

Kesetiaan, kebolehan dan sumbangan memerlukan masa untuk dibuktikan dan Zairil serta Ariffin kini berada kedudukan terbaik untuk berbuat demikian.

Ibarat permata yang mengambil masa untuk dibentuk, apabila ia mula bersinar dan cahayanya berkemilau ke serata alam - tiada apa-apa dapat memotong atau mencalarkannya.

ADS