Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mukhriz: Israel lancar 'penghapusan secara senyap' rakyat Gaza

Rakyat Palestine bukan sahaja diserang bedilan bom dan bidikan senjata api, malah turut diancam dengan gerakan penghapusan bangsa secara senyap oleh Israel, kata Penasihat Yayasan Keamana Sedunia Perdana Malaysia (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata antara kekejaman yang dilakukan Israel adalah membuang sisa buangan termasuk daripada sistem pembetungan ke dalam laut yang akhirnya mencemari pantai Gaza.     

NONE "Pantai Gaza tercemar dengan pelbagai bahan toksik. Ikan (yang ditangkap di situ) yang merupakan sumber makanan utama penduduk Gaza disyaki diracuni toksik," katanya.

Mukhriz memberitahu pemberita demikian selepas menerima sumbangan daripada Bank Perusahanan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) di pejabatnya hari ini.

Mukhriz yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata tentera Israel mengenakan tekanan kepada nelayan-nelayan Palestin supaya hanya menangkap ikan di kawasan enam kilometer dari pantai.

"Sistem kumbahan turut dimusnahkan menyebabkan sumber air di Gaza tercemar. Ini menyebabkan rakyat Gaza menghidap pelbagai jenis penyakit dan ramai yang mati tanpa dapat dikesan puncanya oleh doktor.

"Kematian terpaksa dilaporkan kes kematian biasa dan bilangan kes seumpama itu di Gaza dilaporkan antara yang tertinggi di dunia," katanya.

israel gaza attack 140109 02 Selain itu Muhkriz berkata beliau amat berbangga apabila diberitahu pemimpin Hamas bahawa rakyat Malaysia merupakan sukarelawan teramai di Gaza iaitu lebih kurang 200 orang.

"Saya diberitahu bahawa rakyat Gaza amat tersentuh dan amat menghargai usaha daripada kita. Mereka juga menaruh harapan tinggi agar bantuan akan berterusan," katanya.   

Menurut Mukhriz, pihaknya akan meneruskan usaha membantu rakyat Gaza khususnya menyediakan mesin perubatan baharu untuk kegunaan hospital di situ.

Katanya Tabung Kecemasan Gaza yang dilancarkan bulan lalu terus menerima sambutan memberangsangkan daripada pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh korporat, individu dan agensi kerajaan.

Hari ini satu lagi syarikat swasta iaitu SME Berhad menyampaikan bantuan yang dikumpul daripada warga kerjanya berjumlah RM40,400.

Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan syarikat itu Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

- Bernama

ADS