AELB belum boleh uji pelan rawatan sisa

Proses rawatan sisa yang dicadangkan oleh Lynas Corporation dari loji penapisannya di Gebeng, Kuantan masih belum diberi kelulusan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

NONEKetua Pengarahnya, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan (kiri) berkata proses itu masih belum diuji kerana tidak ada apa yang hendak diuji.

Ketika ditemui di luar bengkel keselamatan nuklear Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata kitaran (pengeluaran) loji itu belum lagi selesai, maka belum ada sisa untuk diproses.

Oleh itu, katanya, AELB masih belum untuk mengesahkan bahawa proses tersebut adalah selamat atau ia benar-benar akan mengurangkan sisa radioaktif dari loji berkenaan kepada bahan radiasi paras rendah yang selamat untuk diangkut dan dikendalikan sebagai produk komersial.

Bagaimanapun, Raja Aziz memberi jaminan bahawa AELB bersungguh-sungguh memantau loji pemprosesan tersebut.

Beliau berkata pengawal selia akan menggunakan operasi loji Lynas sepanjang tempoh TOL untuk menilai dan memantau keadaan.

Ini termasuk menentukan sama ada pemprosesan sisa itu benar-benar berfungsi dan sama ada produk sampingannya akan selamat untuk kegunaan komersial.

[Baca cerita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.