Ribuan dijangka sertai satu lagi protes anti-Lynas

Ribuan kereta dijangka membanjiri loji Lynas di di Gebeng di ambang malam Tahun Baru untuk menyertai pemanduan 300km Himpunan Hijau untuk alam sekitar, demikian diumumkan oleh pergerakan itu hari ini.

NONESama seperti perarakan dari Kuantan ke Kuala Lumpur bulan lepas, Pengerui Himpunan Hijau, Wong Tack perhimpunan itu dijangka bermula dari Kuala Lumpur dengan seribu atau dua ribu kereta dan motosikal.

Dijangka apabila mereka sampai ke Kuantan pada tengaharinya, ribuan lagi kenderaan akan menyertai perjalanan ke loji Lynas di sebelah petang, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Pemanduan protes itu dijadualkan bermula dari Gombak pada pukul 8 pagi 31 Disember dan sampai di Gebeng pada pukul 5 petang.

Wong berkata kempen tersebut adalah untuk menghantar mesej kepada Lynas supaya "keluar dari negara ini", dan kepada kerajaan supaya memastikan tidak ada undang-undang atau prosedur yang dicabuli.

Ditemui selepas sidang akhbar itu,  Wong memberitahu Malaysiakini bahawa Himpunan Hijau telah menyediakan senarai syarikat yang menjalankan perniagaan dengan Lynas dan akan, dalam masa seminggu, menggesa pemboikotan syarikat-syarikat tersebut.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.