'Jabatan tahu guru SK Bihai ponteng'

Pejabat Pendidikan di Gua Musang telah dimaklumkan bahawa guru-guru di di sekolah pedalam untuk kanak-kanak Orang Asli di Kelantan - SK Bihai -  hanya mengajar mereka tiga hari seminggu.

Perkara itu diberitahu dalam sesi dialog dengan pegawai jabatan berkenaan pada 1 November lalu, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK, Arom Asir.

Para pegawai yang hadir termasuklah pegawai pendidikan daerah Gua Musang,  Mohammad Zahari Othman.

"Mereka sudah tahu. Kami bangkitkannya dalam dialog tersebut dan wakil kementerian hadir," Arom memberitahu Malaysiakini semalam.

Beliau mengulas saranan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi kepada ibu bapa sekolah tersebut supaya membuat aduan supaya kementerian boleh menyiasatnya.

Sesi dialog itu diadakan di Dewan Jubli Perak di Kuala Betis, Gua Musang, selepas ibu bapa Orang Asli mengadu tentang perbuatan guru menampar empat murid Tahun Enam - yang kesemuanya bukan Islam - kerana tidak membaca doa selepas makan tengahari.

NONEArom (kanan), yang menghubungi Malaysiakini dari Kuala Betis - bandar terdekat dengan sekolah berkenaan yang mempunyai liputan telefon mudah alih - berkata beliau akan berbincang mengenai permintaan Puad itu dengan pada ibu bapa.

Orang lain yang turut menghadiri sesi dialog tersebut adalah Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pesuruhjaya, Muhammad Sha'ani Abdullah.

"Isu ini telah dibangkitkan semasa dialog tersebut apabila Kementerian Pelajaran memohon maaf kepada ibu bapa (atas insiden menampar itu). Ia sudah (hampir) dua bulan lalu," kata Sha'ani memberitahu Malaysiakini melalui SMS.

Selasa lalu, Puad meminta ibu bapa sekolah tersebut membuat laporan kepada kementerian berhubung aduan bahawa kanak-kanak hanya belajar tiga hari seminggu, dan beliau akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Kelantan untuk menyiasatnya.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.