Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

NONE "Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP," katanya lagi.

Zin sebaliknya mencabar kerajaan Selangor agar telus dan berani tampil ke hadapan menjelaskan kemampuan mereka mengumpul rizab tunai negeri sebanyak RM2 bilion.

NONE "Hari ini kita minta secara telus - secara kompeten, akauntabel,dan telus - supaya mereka berikan kita dokumen berkenaan apa yang mereka sebut mereka telah berjaya mengumpulkan hasil Selangor sebanyak RM2 bilion.

"Kita mahu tahu keluar masuk (duit) dan kita mahu dokumen ini untuk kita berikan kepada akauntan untuk dianalisa secara perakauanan forensik.

"Sama ada hasil pungutan cukai dengan menaikkan kadar bayaran taksiran menyumbang kepada kumpulan wang disatukan, atau pun dengan pelupusan aset?" tanya beliau.

Menurutnya, tumpuan sekarang ini perlu diberikan kepada usaha membina negara dan beliau berharap rakyat akan memberi BN peluang untuk kembali mentadbir Selangor.

ADS