Penduduk kawasan rendah 4 negeri diminta waspada

Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Sabah, Kelantan, Terengganu dan  Pahang diminta bersiap sedia untuk menghadapi banjir ekoran hujan lebat berikutan monsun timur laut atau musim tengkujuh yang bermula akhir Oktober lalu sehingga awal Mac depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, nasihat hujan lebat peringkat kuning telahpun dikeluarkan pada petang Rabu lalu yang boleh membawa risiko banjir di negeri-negeri berkenaan.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kudat, Sandakan, Beluran, Kinabatangan,  Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
    
Di Kelantan melibatkan  daerah Tumpat,  Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok,  Pasir Putih  dan Machang  manakala  di Terengganu  meliputi  daerah  Besut,  Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.  
    
- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.