Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker Perak buat laporan polis berhubung VCD lucah
Diterbitkan:  Dec 22, 2012 6:33 PM
Dikemaskini: Dec 24, 2012 12:07 AM

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam, yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan individu yang mirip dirinya dengan seorang wanita.

    

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi ini.

    

NONE Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau

dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 21.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.

Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam  masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi sekeping VCD dan cetakan pada kulit VCD berkenaan memaparkan gambar individu yang mirip dirinya dan seorang wanita.

    

Dalam laporan polis itu, Ganesan mendakwa penerbitan, penerbitan semula dan penyebaran cetakan dan VCD tersebut dilakukan dengan niat jahat untuk mengaib dan memfitnahnya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu berkata laporan itu dibuat supaya polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyebar fitnah.

    

- Bernama

ADS