Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Benarkan penganut Kristian guna perkataan 'Allah', gesa DAP
Diterbitkan:  Dec 24, 2012 12:50 PM
Dikemaskini: 5:10 AM

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.

Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun."

 

NONE Akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada tahun 2009 berdepan

dengan masalah dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

Penghakiman tersebut - yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya - kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada umat Islam.

Sementara itu, Lim berkata, jika BN sebuan gabungan berprinsip, mesra rakyat, maka ia tidak harus mempolitikkan agama Kristian untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

[Baca berita penuh]

ADS