Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR tampil pertikai air mineral BN Selangor
Diterbitkan:  Dec 24, 2012 1:42 PM
Dikemaskini: 12:25 PM

Demam pilihan raya kebelakangan ini semakin dirasai apabila PKR hari ini tampil mendakwa air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya tidak mematuhi peraturan air mineral.

NONE Pengerusi biro kepenggunaan PKR, Yahya Sahri mendakwa air dengan label Barisan Nasional dan bertulisan 'Nurani Rakyat' serta mempunyai bendera Selangor itu, tidak mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Halal dan Akta Makanan.

Menurutnya di bawah Seksyen 360 Akta Makanan, mana-mana air yang dibotol dan dilabel sebagai air mineral perlu dinyatakan sumber perolehan dan alamat kilang yang membotolkannya.

Yahya kemudian menunjukkan botol yang didakwa sebagai air mineral BN yang tidak mempunyai kedua-dua butiran itu pada labelnya.
 
Menurutnya, tindakan itu boleh menyebabkan pengguna bakal berhadapan kesukaran untuk membuat tuntutan kepada BN jika mengalami kejadian tidak diingini akibat meminum air berkenaan.

"Kalau kita minum air (ini), kita sakit, tuntutan itu boleh dibuat kepada syarikat yang menjualnya," katanya mempersoal ketiadaan alamat pengilang pada air berkenaan.     

Beliau turut mempertikai air mineral itu yang didakwanya menggunakan logo halal tanpa kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau menggesa Jakim bertindak kerana langkah itu didakwa menyalahi Seksyen 28 Akta Halal dan sekaligus menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011.

NONE Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sewaktu dihubungi terkejut dengan tindakan PKR mempertikaikan air mineral yang diedarkan BN Selangor pada programnya.

Tegasnya, air mineral itu diberikan percuma kepada rakyat dan beliau yakin ia bukan barang dagangan yang tertakluk kepada Akta Perihal Dagangan seperti didakwa PKR.

"Kami tak jual, (air ini) kami bagi percuma. Ia bukan barang dagangan dan saya tak rasa air mineral Nurani Rakyat ini tertakluk kepada akta ini," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini .
 

 

 

ADS