Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Anggapan komuniti Kristian pendatang adalah sudah lapuk'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata anggapan bahawa komuniti Kristian sebagai pendatang adalah sudah lapuk kerana rakyat Malaysia kini perlu berani mendepani kepelbagaian dalam memastikan keutuhan perpaduan di negara ini.

christmas high tea 251212 "Saya yakin untuk kita benar-benar kekal mampu mewujudkan perpaduan yang utuh, kita mesti bersedia menerima kepelbagaian kita sebagai satu hadiah dan kekuatan dalaman.

"Bertitik tolak daripada itu, kita perlu bergerak ke hadapan dan

meraikan kepelbagaian ini.

"Saya percaya tatanama pendatang ini adalah suatu perkara yang sudah lapuk.

"Bagaimana pun, kita memerlukan semangat muhibah dan perpaduan yang cukup kuat untuk kita berjaya dalam perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis minum petang

Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di Petaling Jaya petang tadi.

christmas high tea 251212 Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada ucapan Bishop

Philip Lok dari Gereja Lutheran Malaysia yang menyatakan bahawa label 'pendatang' adalah salah satu daripada cabaran yang perlu ditangani penganut Kristian hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya Najib turut mengiktiraf peranan komuniti

Kristian terutamanya pertubuhan-pertubuhan amalnya dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk didiami.

Beliau turut memuji peranan pemimpin-pemimpin Kristian dalam dialog untuk memperbaiki hubungan harmoni antara agama.

"Tiada siapa di antara kita perlu takut kepada dialog yang konstruktif

kerana hanya mengenali satu sama lain dengan lebik baik sahaja kita

akan boleh menghargai dan menghormati satu sama lain," tegasnya.

Beliau turut menyeru agar komuniti Kristian negara bersama beliau

dalam menolak revolusi di negara ini seperti di sesetengah negara yang mahu menumbangkan pemerintahan diktator mereka.

"Saya merayu komuniti Kristian untuk bersama saya dalam kembara

perubahan dan pembaharuan dalam kita mencari Malaysia yang lebih baik daripada yang kita ada hari ini," katanya.

Menurutnya lagi, komuniti Kristian tidak pernah dilupakan dalam

pentadbiran negara dan tegasnya beliau terus kekal menghulurkan salam persahabatan daripada kerajaan sebagai penghargaan kepada komuniti tersebut.

"Saya di sini sekali lagi menghulurkan salam persahabatan daripada

kerajaan untuk bersama komuniti Kristian dan berkongsi semangat

muhibbah anda.

"Saya tidak mahu menjadi perdana menteri kepada golongan masyarakat tertentu sahaja tetapi kepada semua masyarakat Malaysia dan saya telah pertegaskan perkara ini berulang kali," katanya.

ADS