Umar botak kepala, tak serik tinggal di penjara

Walaupun para pengkritik mungkin menganggap memenjarakan aktivis pelajar, Umar Mohd Azmi selama tiga hari adalah keras, tetapi bagi Umar, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Umar berbangga kerana dia telah berjaya berhenti merokok selama empat hari berturut-turut.

NONE"Tidak ada apa yang tidak dapat dilupakan (semasa dipenjarakan),
tetapi saya telah berjaya berhenti merokok sehingga sekarang.

"Saya tidak merokok sejak Jumaat lepas sehingga hari ini, jadi saya menganggap diri saya telah berjaya berhenti merokok.

"Selepas itu, ibu saya juga berkata jika saya berhenti merokok (untuk jangka panjang), saya boleh berkahwin," Umar (dalam baju-T hijau), kata Umar yang kelihatan ceria kepada pemberita semalam.

Pada hari Jumaat, Umar mula menjalani hukuman sebulan penjara selepas dia didapati bersalah menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada melaksanakan tugasnya.

Insiden itu berlaku apabila Umar dan lain-lain aktivis pelajar mengadakan bantahan di Dataran Merdeka pada bulan April.

Antara isunya ialah aktivis pelajar itu membantah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang mereka dakwa tidak adil dan menyebabkan pelajar dibebani hutang.

Peguam Umar telah memohon penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut selepas mahkamah membuat keputusan, tetapi mereka tidak sempat menyerahkan notis kepada pihak pendakwaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Umar berkata dia ditempatkan dalam sel untuk seorang dan menghabiskan masa membaca al-Quran yang dibawa oleh ibu bapanya dan menulis puisi.

"Saya menulis sesuatu, tetapi saya tidak dibenarkan membawanya keluar dari penjara. Saya berharap untuk menunjukkannya kepada (Sasterawan Negara yang juga pengerusi bersama BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said, supaya dia boleh mengulas kerja saya.

"Apabila saya hendak keluar dari penjara, warden memeriksa apa yang saya telah menulis, dan beritahu, saya tidak boleh membawanya keluar," katanya.

Bagaimanapun, katanya, semua makanan yang disediakan adalah "okay" dan warden juga melayannya dengan baik.

"Penjara okay, itu bukan ((tahanan di bawah) ISA. Saya dilayan dengan baik, tetapi tentunya ia bukan 'Hotel California'. Ia tetap penjara," katanya.

Sesetengah warden, kata Umar adalah baik serta ramah dan menurutnya mereka ingin tahu dari mulut sendiri tentang apa yang telah berlaku.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.