Nasib Auntie Mei diketahui dua minggu lagi

Pihak polis masih belum membuat keputusan sama ada akan mendakwa wanita warga emas Tuw Yin Lan berusia 71 tahun yang terbabit dalam 'perang mulut kata-kata kesat' dengan Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob dua minggu lalu.

himpunan hijau green walk aunty meiTuw yang lebih dikenali sebagai Auntie Mei, dilaporkan datang semula ke ibupejabat polis daerah Kuantan pagi ini bersama rakannya, Wong Chun Yuan.

Wong ditangkap bersama dengan Tuw pada 12 Disember apabila dia cuba menghalang wanita warga emas dari menerkam ke arah Adnan.

"Polis kata mereka tidak mengemukakan laporan siasatan kepada Pejabat Peguam Negara. Mereka mahu kami datang semula selepas dua minggu pada 9 Januari untuk mengetahui sama ada kami akan didakwa atau tidak," kata Wong ketika dihubungi hari ini.

Pihak polis juga meminta beliau merakamkan semula kenyataannya kerana kenyataan pertama yang dirakamkan pada 12 Disember telah hilang.

Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 186 dan 189 Kanun Keseksaan kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugas awam dan mengancam mencederakan seorang penjawat awam.

NONE"Pegawai penyiasat menunjukkan kepada saya beberapa keping
gambar yang diambil semasa kejadian. Saya percaya ia diambil oleh pegawai Cawangan Khas. Beliau juga beritahu saya bahawa laporan polis telah dibuat oleh kakitangan keselamatan bangunan sekretariat kerajaan negeri," kata Wong.

Kedua-dua Tuw dan Wong ditahan selepas Tuw cuba menuntut permohonan maaf dari Adnan di luar pejabat di bangunan sekretariat negeri di Kuantan MB pada 12 Disember.

Tuw tidak puashati dengan kenyataan Adnan sebelumnya bahawa peserta perarakan Hijau sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur bulan lepas, hanya berjalan sejauh 200m dan menyempurnakan seluruh perjalanan mereka "dengan kereta".

Tuw adalah antara aktivis yang menyertai perarakan tersebut yang dianjurkan oleh Himpunan Hijau untuk memprotes terhadap loji penapisan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

[Baca berita penuh]



 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.