Ketua konvoi ANAK diikat di Pahang?

Noraza Muda, yang mengetuai konvoi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) di Pahang dilaporkan dikat tangannya oleh sekumpulan tidak dinamakan yang cuba menghalang konvoi itu daripada memasuki kawasan Felda Sabtu lalu, lapor akhbar Sinar Harian.

Memetik pengarah pilihanraya PAS Maran, Shamsuri Hussin, akhbar tersebut melaporkan bahawa kumpulan itu menyekat dan mengikat tangan Noraza) di Felda Kampung Awah di Chenor.

NONELaporan semalam, yang disertai dengan foto Noraza diikat,
menyatakan bahawa dia diikat selama 15 minit, dan mencetuskan kemarahan di kalangan anggota konvoi itu.

Ia berkata keadaan menjadi tenang apabila ketua polis Maran Sulaiman A Hamid campurtangan dan mengarahkan Noraza dilepaskan.

Bagaimanapun, dalam laporan hari ini, Sinar Harian memetik Pengerusi JKKK Felda Kampung Awah, Asri Mohd Dahan menafikan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berlakunya kejadian menangkap dan mengikat tangan Noraza di kampung itu.

"Kami berkumpul sekitar jam 10 pagi di pintu masuk kampung, semua pimpinan peringkat kampung ada. Lepas berbincang bersama penduduk kami benarkan mereka masuk kawasan kampung.

"Tiba-tiba ada dakwaan mengatakan ada pihak tangkap Noraza dan ikat tangannya, ini satu berita yang tidak betul,” katanya kepada akhbar tersebut.

Sinar Harian juga melaporkan bahawa polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Usaha Malaysiakini untuk menghubungi Noraza dan pihak polis untuk pengesahan setakat ini tidak berhasil.

NONENoraza (kanan) keesokan harinya menyertai konvoi di Negri
Sembilan, di mana dia mengalami kecederaan di kepala semasa pergelutan berhampiran Felda Bukit Rokan Utara.

Beliau dilaporkan menerima rawatan pesakit luar bagi kecederaan yang dialaminya.

Keberatan untuk menyatakan butiran lanjut mengenai apa yang telah berlaku di Pahang, Presiden ANAK, Mazlan Aliman, bagaimanapun, menegaskan bahawa kejadian itu hanya menekankan "sikap tidak bertamadun Umno".

"Isu paling utama ialah sikap tak bertamadun setengah pihak dalam Umno dalam berdepan Kembara Oren kita.

"Isu pokok, kenapa mereka tak gentleman dalam hadapi kita. Sebab kita masuk dalam konteks undang-undang, bincang dengan polis, dan bekerjasama dengan polis," tambahnya.

 [Baca berita penuh]

 

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.