Anwar akan bertemu pemimpin Pakatan mengenai isu kalimah 'Allah'

Satu mesyuarat di kalangan ketua parti komponen Pakatan Rakyat akan diadakan untuk membincangkan percanggahan pandangan mengenai penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam.

Bercakap di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia masih berulang walaupun telah diselesaikan sebelum ini.

"Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi dihuraikan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.

"Kini ia telah timbul semula, maka ia akan memerlukan satu mesyuarat segera," katanya kepada pemberita hari ini.

Perkara itu timbul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam perutusan Krismasnya, menggesa Putrajaya membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah 'Allah' dalam Bible versi Bahasa Malaysia.

DAP kemudiannya menjelaskan bahawa gesaan itu hanya supaya kalimah itu dibenar diguna di Sabah dan Sarawak.

Dalam reaksinya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kalimah 'Allah' tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Malaysia kerana terjemahan yang betul bagi perkataan 'God' adalah 'Tuhan'.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.