Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pindah kubur: Penduduk didakwa ugut kontraktor
Diterbitkan:  Dec 28, 2012 9:40 AM
Dikemaskini: 3:11 AM

Seorang penduduk Pengerang, Yahaya Abdul Hamid telah ditangkap oleh polis pagi Rabu kerana didakwa mengugut kontraktor di tanah perkuburan Islam di perkampungan nelayan itu pada Hari Krismas.

Perkuburan Islam itu sedang dipindahkan untuk memberi laluan

kepada Projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (Rapid).

NONE Menurut Naib Presiden Gabungan NGO Pengerang (GNP), Hasnul Ahmad (paling kiri), Yahaya didakwa telah bertindak demikian kerana kecewa berhubung pemindahan kubur neneknya tanpa pengetahuannya.

Yahaya, yang telah dibebaskan dengan ikat jamin semalam, disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, kata Hasnul dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook kumpulan itu.

Hasnul berkata, saksi dan ahli GNP di Kampung Punggai Muslim mendakwa Yahaya tidak membuat ancaman sedemikian.

Empat ahli KNK, yang berada Yahaya pada masa itu, telah membuat laporan mengenai perkara itu di balai polis Sungai Rengit semalam.

pengerang protest demo 180312 Menurut Hasrul, pada masa itu, Yahaya dan lima ahli GNP memantau

proses pemindahan kubur apabila dia menyedari kubur neneknya telah berpindah tanpa pengetahuannya.

"Beliau berasa sedih, dan ketika beliau hendak meninggalkan tapak perkuburan, pegawai catatan pengagih perkuburan menambilkan diri untuk bertanya berkenaan perkuburan baru.

"Pak Yah cuma berbalas "Ini kubur nenek saya,....mengapa kamu membuat demikian?.....bukankah cuma memindah kubur yang tiada waris?" dakwa Hasnul.

Bukan kali pertama

Menurutnya, Yahaya adalah penduduk Pengerang kedua yang ditahan kerana mempertikaikan penempatan semula kubur nenek moyang mereka.

NONE Pada 5 Disember, seorang lagi penduduk Pengerang, Hong Lai Hock ditahan oleh pihak polis kerana didakwa mengugut kontraktor.

Hasnul berkata Hong telah membuat laporan polis berhubung isu pemindahan kubur neneknya tanpa diberi notis terlebih dahulu, pada  Februari lalu.

"Kami mempertikaikan perbuatan polis yang cuma mengambil tindakan terhadap pihak yang kubur nenek moyangnya yang digali, dan tiada tindakan terhadap pihak yang menggali kubur orang lain," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS