Kempen 'katakan tidak' menara Warisan Merdeka

Dua puluh satu NGO Kuala Lumpur telah membentuk sebuah gabungan untuk membantah projek menara Warisan Merdeka dan sebaliknya menggesa kerajaan persekutuan supaya menjadikan keseluruhan kawasan itu sebagai tapak warisan negara.

NONEDiketuai oleh NGO Persatuan Warisan Kita, Ishak Surin (kanan), jawatankuasa 'Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN)' akan melancarkan kempen 'katakan tidak' kepada projek menara 118 tingkat itu.

Beliau mendakwa menara yang dibangunkan oleh PNB Merdeka Sdn Bhd di Taman Merdeka Negara, akan memusnahkan bangunan-bangunan bersejarah yang berdekatan di Petaling Hill, Kuala Lumpur.

Bangunan-bangunan itu termasuk Stadium Merdeka, Stadium Negara, Stadium Chin Woo dan Taman Merdeka Negara, kata Ishak dalam satu sidang akhbar semalam.

NONEMenurutnya, bangunan-bangunan itu mewakili warisan legasi kolektif dan peringatan pra-sejarah dan paska-sejarah negara selepas kemerdekaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina
Kuala Lumpur dan Selangor, Tang Ah Chai, yang juga hadir di sidang akhbar itu, berkata gabungan itu akan melancarkan kempen tersebut secara rasmi pada 5 Januari jam 7 malam di Stadium Chin Woo.

Beliau mengalu-alukan semua penduduk Kuala Lumpur yang prihatin tentang warisan dan budaya bandar untuk menghadiri acara.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.