Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan lelaki bertindak membakar sebuah bas kilang apabila seorang penunggang motosikal yang dipercayai rakan mereka maut akibat merempuh belakang bas berkenaan yang berada di bahu jalan.

Kejadian berlaku jam 6.40 pagi Jumaat apabila mereka menyimbah petrol lalu membakar bas itu di Km17 Jalan Besar Ringlet-Sungai Koyan, Kampung Leyar berhampiran Cameron Highlands.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata rakan mereka yang juga seorang buruh dilaporkan maut selepas motosikalnya merempuh bahagian belakang bas berkenaan.

Mangsa M Sarimutu, 40, dari Batu Gajah, Perak yang dalam perjalanan ke sebuah tapak pembinaan di kawasan berhampiran mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata seorang rakan mangsa yang melihat kejadian itu telah menghubungi rakan-rakannya yang lain yang sejurus tiba di tempat kejadian, bertindak membakar bas berkenaan sehingga rentung.

- Bernama

ADS